Thursday, September 10, 2009

Wuduk Yang Sempurna

Syukur Alhamdulillah diatas nikmat iman dan Islam, nikmat sihat tubuh badan dan masa lapang.
Ya ALLAH, hidupkanlah kami diatas Agama Islam dan Sunnah dan matikanlah kami dalam keadaan Iman dan taubat.  Ya ALLAH, aku meminta kepada Mu redha dan SyurgaMu dan aku memohon Perlindungan Mu dari kemurkaan Mu dan api neraka.
Doa Tatkala Berwuduk
Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk.  Wuduk yang sempurna akan memberi kekusyukan ketika sembahyang.  Maka berdoalah tatkala berwuduk.
  1. Ketika berkumur, berdoalah, "Ya Allah, ampunkanlah dosa mulut dan lidahku ini"
  2. Ketika membasuh muka berdoalah, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
  3. Ketika membasuh tangan kanan, bedoalah, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berdoalah, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
  5. Ketika membasuh kepala, berdoalah, "Ya Allah, lindungilah daku daripada terik matahari di padang Masyar dengan Arasy-Mu"
  6. Ketika membasuh telinga, berdoalah," Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berdoalah, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim"
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berdoalah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ketempat-tempat maksiat"
Penjelasan dari doa atau niat ketika berwuduk
  1. Kita bercakap mengenai perkara-perkara atau benda-benda yang tidak berfaedah setiap hari
  2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
  3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
  4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
  5. Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala
  6. Hari-hari kita mendengar orang mengumpat, mencerca, memfitnah dan sebagainya
  7. Ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas
  8. Qada dan Qadar kita di tangan Allah swt
Semoga ALLAH swt melimpahkan anugerah-anugerah kebaikan dan kemuliaan kepada kita pada setiap nafas, dan menerbitkan matahari kebahagian dan ketenangan pada hari-hari kita dan tidak pernah akan terbenam hingga kita berjumpa denganNYA ALLAH SWT.
YA ALLAH, sesungguhnya Engkat Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau Dzat yang suka mengampuni, maka ampunilah kami, Wahai Dzat Yang Maha Mulia Amin Ya ALLAH.

Wednesday, September 9, 2009

10 GOLONGAN ORANG ISLAM YANG KEJAM



Dalam kita bernafas setiap saat, tanpa kita sedari adakalanya kita termasuk dalam golongan manusia-manusia Islam yang kejam disisi Allah swt.  Cubalah periksa diri anda, adakah anda termasuk dalam golongan yang sepuluh ini.
Sufyan Atsauri berkata, 10 jenis dari kekejaman itu ialah:
  1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
  4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak menunaikan sembahyang jemaah.
  6. Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seseorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang yang diundang pada jamuan tetapi tiba-tiba tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberinya makanan itu.



ShoutMix chat widget

Tuesday, September 8, 2009

Mencari Lailatul Qadar


Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Daripada tanda-tanda malam Lailatul Qadar adalah sebagaimana diriwayatkan dari al-Hassan al-Basry; Ia dalah malam yang tenang, damai dan tenteram. Tidak panas dan tidak sejuk. Matahari yang terbit keesokan harinya tidak sangat terik sinarannya.

Di dalam Sohih Muslim, disebabkan ramainya malaikat yang turun pada waktu malamnya; malaikat yang turun dan naik di dalam keadaan silih berganti, di mana malaikat-malaikat melindungkan cahaya matahari dengan sayap dan tubuh mereka ketika terbitnya matahari itu. Dan disebabkan naiknya malaikat-malaikat itu sekaligus apabila malam itu sampai kepenghujungnya.

Al-Baqhowi telah berkata; Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a sesungguhnya beliau Rasulullah saw telah menceritakan berkenaan seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah, mengangkat senjatanya selama lebih kurang 1,000 bulan. Dengan yang demikian Rasulullah saw merasa takjub dan berharap supaya dikurniakan kepada umatnya kelebihan seumpama itu. Baginda saw pun berdoa; Ya Tuhanku, Engkau telah menciptakan umatku dengan umur yang paling pendek dari lain-lain umat, paling kurang amalannya. Maka Allah swt telah mengurniakan malam Lailatul Qadar untuk umat Muhammad saw. Maka Rasulullah saw telah membacakan ayat diatas iaitu dimana orang Israil itu berjuang di jalan Allah swt selama 1,000 bulan tetapi untuk umat Rasulullah saw Allah swt mengurniakan satu malam yang sama kelebihannya dengan 1,000 bulan.

Ahli Tafsir telah berkata; Maknanya adalah amalan soleh di malam tersebut lebih baik daripada 1,000 bulan yang tidak mempunyai Lailatul Qadar.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra katanya; Jika malam itu adalah malam Lailatul Qadar Allah swt memerintahkan malaikat Jibril as turun ke bumi dan tahmit bersama-sama dengannya adalah penghuni-penghuni Sidratul Muntaha iaitu seramai 70,000 malaikat. Bersama-sama mereka adalah bendera-bendera dari cahaya. Apabila sampai di bumi malaikat Jibril as akan mencacakkan benderanya dan malaikat-malaikat juga akan mencacakkan bendera-bendera mereka di empat tempat iaitu di
  1. Kaabah
  2. Makam Rasulullah saw
  3. Masjid Baitul Muqaddis (al-Aqsa)
  4. Masjid Thur Sinna
Jibrail akan berkata kepada para malaikat tersebut; Berpisahlah kamu, maka mereka pun berpisahlah.
Lantaran itu tidak tinggal satu rumah pun, mahu pun bilik, perkampungan, kapal dan lain-lain tempat yang dihuni oleh wanita dan lelaki yang beriman melainkan malaikat- al-Ikhlas. Malaikat tersebut masuk ke dalamnya. Walau bagaimana pun malaikat-malaikat tersebut tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, babi, arak, orang yang berjunub akibat perbuatan haram(zina dan sebagainya), gambar dan sebagainya.

Para malaikat itu kesemuanya bertasbih, bertahmid, bertahlil, menyucikan Allah (taqdis) dan memohon keampunan untuk umat Muhammad saw sehinggalah waktu fajar lantaran pada waktu tersebut mereka akan naik ke atas langit.
Maka penduduk langit dunia akan menyambut mereka dan bertanya; Dari manakah kamu datang? Jawab para malaikat tersebut, kami telah datang ke dunia kerana malam itu adalah malam Lailatul Qadar untuk umat Muhammad saw. Penghuni-penghuni langit dunia tersebut telah bertanya kepada para malaikat itu; Apakah yang dilakukan oleh Allah terhadap keperluan-keperluan mereka? Jibril as telah menjawab; Sesungguhnya Allah mengampunkan orang-orang yang soleh di kalangan mereka yang tidak soleh dan memberikan syafaat kepada mereka yang menuntut kepada syafaat tersebut. Para malaikat langit dunia pun meninggikan suara mereka dengan tasbih, taqdis dan pujian ke atas pemilik sekelian alam lantaran syukur dengan barangapa yang dikurniakan olah Allah swt kepada umat ini dari keampunan dan keredhaanNya. Malaikat langit dunia pun menghantar gerombolan malaikat itu ke langit yang kedua. Begitulah urutan apa yang terjadi pada setiap tingkat langit tersebut hinggalah ke langit yang ketujuh. Jibril as pun berseru kepada para malaikat-malaikat tersebut; Wahai penduduk langit, kembalilah kamu. Maka malaikat penghuni setiap langit pun kembali ke langit-langit masing-masing. Maka malaikat Sidratul Muntaha pun kembali ke Sidratul Muntaha, maka penghuni Sidatul Muntaha pun bertanya kepada mereka; Dari manakah kamu? Maka mereka menjawab dengan jawapan sebagaimana yang diberikan oleh mereka kepada malaikat-malaikat penghuni langit yang lain sebelum ini. Maka penghuni Sidratul Muntaha akan meninggikan suara mereka dengan tasbih dan taqdis lalu didengari oleh syurga Ma'wa, syurga Na'im, syurga Adni, syurga Firdaus kemudian didengari pula oleh Arash ar-Rahman, maka Arash pun meninggikan suara mereka dengan tasbih, tahlil dan pujian ke atas pemilik sekelian alam sebagai tanda kesyukuran terhadap barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada umat ini.

Allah swt akan berfirman; Wahai Arashku, mengapakan kami meninggikan suaramu? Arash pun menjawab: Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepengetahuan kami bahawa Engkau telah mengampunkan orang-orang yang soleh di kalangan umat Muhammad saw semalam dan mensyafaati kalangan mereka yang soleh di antara mereka yang tholeh (tidak soleh).

Allah swt berfirman; Kamu benar Ya Arash-ku. Disisiku umat Muhammad mempunyai kemuliaan-kemuliaan dimana mata tidak pernah melihat, telinga tidak pernah mendengar dan tidak pernah terlintas di dalam kalbu seorang manusia jua pun.

Dikatakan bahawa malaikat Jibril as jika turun ke bumi beliau tidak membiarkan seorang pun di kalangan umat ini melainkan menyampaikan salam kepada mereka dan berjabat tangan dengan mereka. Alamat untuk yang sedemikian itu adalah bergetarnya menjadi syahdu dan airmata pun mengalir. Oleh yang demikian itu telah diriwayatkan bahawa Nabi saw telah merasa sedih lantaran usia umatnya yang pendek. Allah swt telah berfirman ; Ya Muhammad, janganlah berduka cita sesungguhnya Aku tidak akan mengeluarkan mereka dari dunia sehinggalah Aku mengurniakan kepada mereka kedudukan para nabi. Sebab yang demikian itu adalah sesungguhnya malaikat-malaikat telah turun kepada mereka dengan roh, risalah, tyu dan karamah. Begitu jugalah mereka telah turun kepada umat Nabi Muhammad saw dengan rahmat dan salam.

Maksud Firman Allah swt - "Dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan"

Maksudnya urusan untuk mengatur kebaikan dan keberkatan.

Altha' telah berkata' Allah swt memaksudkan kesejahteraan itu untuk aulianya dan mereka yang taat kepadanya.

As-Syaafie telah berkata; ia adalah ucapan salam para malaikat di malam tersebut untuk orang-orang yang memakmurkan masjid dari mula terbenam matahari sehingga terbitnya fajar keesokan harinya.

Maksud Firman Allah swt - "Malam itu (penuh) kesejahteraan."

Iaitu malam Lailatul Qadar yang penuh kebaikan dan kesejahteraan keseluruhannya. Tidak terdapat kejahatan di dalamnya.

Ad-Dhanak telah berkata; Allah tidak menetapkan barang apa pun di malam itu melainkan dengan kesejahteraan.

Mujahid telah berkata; Yakni, sesungguhnya Lailatul Qadar itu penuh kesejahteraan, dimana syaitan tidak berupaya untuk melakukan kejahatan di malam tersebuh, tidak juga mampu untuk menyakiti sesiapa sehingga terbit fajar.

Rujukan: Solat Tarawih & Qiamullail - Ustaz Ahmad Zuhaili Hj Zamri

Bersyukurlah sesiapa yang mencari Lailatul Qadar dan mendapat Lailatul Qadar! Amin.

Sunday, September 6, 2009

KEMATIAN

Photobucket


ADAB MENGHADAPI ORANG YANG NAZAK



  1. Memintanya agar memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat serta memperbanyakkan kepada mengingati Alllah swt.

  2. Membaringkan orang yang nazak di atas rusuk yang kanan, serta menghadapkan ke qiblat. Sekiranya keuzuran diletakkan menelentang.

  3. Mengajarkan kalimah tauhid



tanpa mendesak-desak keatasnya.

4. Menenangkan keresahannya agar banyak bersabar dan berserah kepada Allah

5. Menyampaikan janji gembira di akhirat kelak, serta menyuruhnya meletakkan prasangka yang baik kepada Allah

6. Membacakan surah Yassin disisinya.

7. Tuntutan memulangkan hak kezaliman kerita ini terlebih di tuntut lagi

8. Sunat dititskan air ke bibir orang yang nazak dan basahkan muka serta badannya yang zahir.


TANDA-TANDA ORANG YANG MENGHADAPI KEMATIAN

  1. Kaki menjadi betul


  2. Kulit muka menjadi tegang


  3. Hidung menjadi seakan condong


  4. Telapak tangan terbuka


  5. Denyutan nadi dan nafasnya berhenti

NIKMAT SIHAT DAN AMALAN MENZIARAHI PESAKIT

zwani.com myspace graphic comments
Dalam kehidupan singkat anugerah Allah swt ini, ada kalanya kita sihat, cergas, lemah dan sakit. Biar betapa berjadualnya kita menyusun waktu makan, tidor, rehat, bekerja dan beriadah, namun ketentuanNya tidak dapat kita elakkan. Jadi sentiasalah bersyukur dengan nikmat sihat dengan melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan yang baik, semuga masa sihat kita menjadi masa-masa yang penuh dirahmati Allah swt.



MENZIARAH PESAKIT



Berada dalam anugerah sihat dari Allah, jangan dilupakan ramai sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan saudara seIslam yang sedang sakit samada sakit biasa atau tenat, samada di rumah atau di hospital.


Didalam kesempurnaan hidup bermasyarakat, Islam telah menggariskan satu tatacara yang terbaik untuk diamalkan. Salah satu dari nilai murni yang ditekankan ialah menziarahi pesakit dan mentakziah kematian.


Di dalam Islam, dihukum sebagai sunat yang sangat dituntut menziarahi pesakit, terlebih lagi pesakit yang sedang sakit tenat dan terdiri daripada ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai terdekat dan sebaik-baik hari untuk menziarah ialah pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari


Ziarahlah....dan rasailah kemanisan dari amalan ini. Selain daripada balasan ganjaran pahala dari Allah swt, ianya juga mampu meningkatkan iman dan taqwa kita, mencipta satu sifat kebaikan, kemesraan dan mengeratkan perpaduan sesama umat Islam. Melahirkan satu sikap saling sayang menyayangi, membibitkan rasa insaf dan keinginan untuk mengisi masa sihat dengan sebaik dan sebanyak mungkin amalan bagi menhadapi saat kematian. Menggembirakan orang lain dan menghapuskan kesedihan di jiwa sesama umat Islam juga adalah satu ibadah yang di tuntut apa lagi di saat pesakit memerlukan sokongan rohani dan keluarga pesakit juga ingin berkongsi kesedihan. Alangkah indahnya jiwa mereka yang dapat berkongsi tiap kesakitan, penderitaan, kesedihan dan rintihan hati pesakit dan keluarganya.




ADAB MENZIARAH PESAKIT




Didalam melakukan perkara yang dituntut ini, ada adab-adab tertentu yang sewajarnya kita ikuti bagi menyempurnakan ibadah yang diletakkan sebagai sunat muakkad ini.



  1. Kadarkan atau hadkan masa menziarahi pesakit
  2. Mendoakan ke'afiatan kepada pesakit dengan salah satu doa berikut:-

3. Bertanyakan kesihatan pesakit kepada keluarga terdekatnya.
4. Mengambil tempat di bahagian kepala pesakit.
5. Menyedapkan hati pesakit dengan janji sembuh dan ke'afiatan serta mengucapkan kesejahteraan kepadanya. 6. Menyedarkan pesakit dari kezaliman dan meminta dipulangkan hak orang lain jika berlaku kezaliman.

7. Bacakan ayat-ayat suci Al-Quran di sisinya terutamanya seperti surah Al-Fatihah, Al- Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, surah Yassin dan sebagainya.

Wednesday, September 2, 2009

Sunday, August 16, 2009

KASIHANILAH DIRI.... DOSA-DOSA BESAR

Al Hamdulillah, sujud syukurku atas MU......
Bismillah wal Hamdulillah wa as-syukru lillah
Segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Rabbul 'Alamin yang telah mengekalkan kita dalam nikmat Iman dan nikmat Islam.
Selawat dan salam keatas junjungan Mulia, Penghulu sekelian Nabi, Sayyidina Muhamad SAW.
Segala puji untuk Yang Maha Memelihara, yang telah memilih kita untuk bersama Muhammad SAW, dan menyelamatkan kita dari gelapnya kejahilan dan kehinaan dosa, Segala Puji bagi Allah SWT yang telah memberi kita hidayah, melalui hambaNYA yang terpilih (Muhamad SAW) yang beliau itu telah menyeru kami kepada ALLAH dengan izinNYA, dan sungguh seruan beliau telah sampai kepada kami, kami datang pada panggilanmu wahai Nabi Muhammad SAW yang telah membimbing kami dan menyatukan kami, kami datangi panggilanmu wahai Rasulullah....."




DOSA-DOSA BESAR



Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair", beliau menghimpunkan jenis-jenis dosa-dosa besar seperti perkara berikut:

  1. Belajar ilmu lalu sembunyikan pengetahuan

  2. Bersaksi palsu

  3. Berjudi

  4. Bersumpah palsu

  5. Berbohong

  6. Bergambar dibaju (bila sembahyang)

  7. Pelacur

  8. Berbuat zalim terhadap yang lemah

  9. Berdebat dan memusuhi

  10. Bersifat dayus

  11. Bercakap kasar dengan orang tua

  12. Berdusta atas nama Allah dan RasulNya

  13. Derhaka kepada suami

  14. Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya.

  15. Hakim yang menderhaka

  16. Homosek (hubungan sejenis)

  17. Mengurangi timbangan (untuk peniaga)

  18. Lari seorang hamba dari tuannya.

  19. Lelaki menyerupai wanita

  20. Lari dari medan perang di jalan Allah

  21. Membunuh manusia

  22. Membunuh diri sendiri

  23. Mengamalkan sihir

  24. Meninggalkan sembahyang lima waktu

  25. Meninggalkan sembahyang jumaat (lelaki)

  26. Menderhaka kepada kedua ibubapa

  27. Memutuskan hubungan silaturrahim

  28. Melakukan zina

  29. Makan harta anak yatim secara tidak sah.

  30. Makan dari sumber kekayaan haram.

  31. Memberi dan menerima rasuah.

  32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

  33. Makan riba

  34. Minum arak

  35. Mencuri

  36. Merompak

  37. Melakukan kezaliman

  38. Melakukan pengkhiatan

  39. Menyebut-menyebut pemberian

  40. Mengingkari janji

  41. Memfitnah

  42. Mengutuk orang Islam

  43. Merasa aman dari kemurkaan Allah

  44. Menipu harta rampasan

  45. Melampaui batas

  46. Menuduh zina terhadap orang yang baik

  47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

  48. Mempercayai nujum

  49. Menjadi bapa sanggup untuk wanita hamil diluar nikah(pak sanggup)

  50. Mencari-cari kesalahan orang lain

  51. Mengganggu orang lain

  52. Mengganggu tetangga

  53. Menyakiti dan memaki umat Islam yang lain

  54. Mengintip dan membuka rahsia orang lain

  55. Mencaci sahabat Nabi

  56. Mengurangi wasiat

  57. Mengingkari takdir

  58. Putus asa dari rahmat Allah

  59. Penipuan dan kezaliman terhaap rakyat

  60. Riak dan mempamerkan diri

  61. Mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

  62. Sombong dan angkuh

  63. Sembelih untuk selain dari Allah

  64. Tidak mengeluarkan zakat

  65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan

  66. Tidak istimak selepas kencing

  67. Tidak mendengar cakap ibubapa

  68. Wanita menyerupai lelaki

"Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya. Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNyalahkami dikembalikan"( Surah Yunus: Ayat 55-56)

Saturday, August 1, 2009

Doa dan zikir

Photobucket

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam
Maha Pemurah lagi Penyayang
Pemilik Hari Pembalasan
Hanya Engkau kami sembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang benar
Jalan yang Engkau telah nikmatkan mereka,
bukan yang Engkau murkai mereka dan bukan jalan yang sesat.


"Yang dimaksudkan dengan zikir bukanlah semata-mata zikir melalui lisan sahaja, tetapi sesungguhnya taubat itu juga zikir, tafakur adalah kategori zikir yang paling tinggi nilainya, menuntut ilmu termasuk zikir, mencari rezeki dengan niat yang baik juga zikir, bahkan semua pekerjaan yang diniatkan untuk menghampirkan diri kepada Allah, mengingatkan bahawa Dia sentiasa memerhatikan dan tetap dekat dengan anda adalah dikira zikir. Sehubungan itu seseorang yang arif dan bijaksana pasti akan melakukan zikir pada setiap tempat dan saat"

(Zikir dan wirid Rasulullah saw -Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

Doa Kesyukuran

Photobucket

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani
Segala pujian dan sanjungan hanyalah bagi Allah Tuhan alam semesta,
dan selawat serta salam kepada semulia-mulia nabi dan rasul,
begitu jugalah kepada keluarga,
dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon kepada Mu
supaya diberikan keselamatan dalam agama,
kesihatan pada tubuh badan,
pertambahan pada ilmu,
keberkatan pada rezeki,
taubat sebelum mati,
rahmat ketika maut dan keampunan sesudah mati.
Ya Allah,
mudahkanlah kami ketika melalui sakaratul maut
dan anugerahkanlah kepada kami kelepasan dari neraka
serta bertolak ansur ketika berhisab.
Ya Allah,
jangan jadikan hati kami bimbang serta ragu setelah Engkau tunjuki kami
dan anugerahilah kami rahmat serta kasih sayangMu,
sesungguhnya Engkau Maha Mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
anugerahilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
serta peliharalah kami dari azab neraka
Dan segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh semesta.
-Doa Kesyukuran-
(Dari Himpunan Doa-Doa Terpilih Walid Muhammad 'Afif)

Sunday, July 19, 2009

kalimah penjernihan hati

Islamic

Kisah Benar sebagai tauladan......Al-Malikah seorang Primadona

Diceritakan bahawa, Al-Malikah adalah seorang primadona dari Bani Israel. Dia merupakan seorang pelacur (kelas tinggi) yang mengenakan upah yang mahal iaitu 100 dinar untuk setiap kali perkhidmatannya. Dia sememangnya seorang perempuan yang sangat cantik sehinggakan Abid sangat tergila-gila padanya. Sayangnya, Abid tidak mempunyai wang yang cukup untuk menerima khidmat Al-Malikah.

Oleh kerana perasaan Abid yang begitu tergila-gilakan Al-Malikah, dia telah berazam bersungguh-sungguh dan telah memerah seluruh keringat dan tenaganya untuk mengumpulkan wang sebanyak yang diperlukan bagi memastikan primadona itu berada dalam pelukannya.

Dengan berbekalkan wang 100 dinar di tangan Abid, pada suatu hari Abid telah menemui Al-Malikah pujaannya itu.

Dia disambut dengan senyuman manis serta pelawaan masuk oleh Al-Malikah. Saat mendengar sapaan itu Abid menjadi terlalu gembira dan merasakan yang hajat dan keinginannya bakal terpenuhi sekejap lagi kerana duit 100 dinar sudah ada di dalam sakunya.

Tapi saat kakinya melangkah masuk ke kamar Al-Malikah, seluruh tubuhnya menggigil dan menggeletar dan peluh dinginnya merembas keluar. Malah ketika Al-Malikah mula memeluknya, Abid bertempik dan menjerit sekuat hati sambil berusaha melepaskan diri.

Tatkala badannya dibaringkan dikatil oleh Al-Malikah, Abid tiba-tiba bangkit sambil menjerit dan merayu, "Lepaskanlah aku, dan ambillah wang 100 dinar ini.

Al-Malikah yang kehairanan segera bertanya, "Kenapa engkau tiba-tiba jadi begini?"

Abid segera menjawab, "Aku takut kepada Allah! Aku takut kepada Allah! Bagaimanakah nanti aku akan mempertanggungjawabkan dengan perbuatan maksiatku ini?" ujarnya sambil meluru ingin keluar dari kamar Al-Malikah.

Mendengar jawapan itu, Al-Malikah menjadi terpegun dikatilnya. Hati nuraninya benar-benar tersentuh dengan sikap lelaki di hadapannya itu. Dan tanpa disedari, airmatanya meleleh di pipi dan dia kemudiannya terisak-isak menangis. Terbayang dimatanya akan segala dosa yang telah dilakukannya selama ini. Dia telah menempa sejuta dosa dan meletakkan dirinya sebagai perempuan paling hina di sisi Allah SWT.

Hatinya menjadi cair dan cahaya keinsafan tiba-tiba meresap masuk, jauh mendasari lubuk hatinya. Akan terampunkah dosa itu Ya Allah? Bisik hatinya tersendu.

Saat Abid ingin melangkah pergi, Al-Malikah menahannya dengan perasaan penuh sebak dan sayu seraya berkata, "Sesungguhnya tuan hamba....sudikah sekiranya tuan hamba mengambil ku sebagai isterimu?"

Abid yang masih dilanda ketakutan tidak mampu untuk berfikir apa-apa lagi selain ketakutan yang amat sangat kepada Allah SWT dan pantas menjawab, "Tidak, sesungguhnya aku sudah nekad untuk meninggalkan tempat ini".

Al-Malikah merayu dan merayu agar Abid tidak meninggalkannya dan tidak membenarkan Abid keluar dari kamarnya sehingga dia bersetuju dan berjanji untuk memperisterikan Al-Malikah.

Abid yang masih dilanda rasa takut tanpa berfikir panjang terus berjanji dengan harapan agar dia boleh cepat-cepat keluar dari kamar yang menjadi impiannya selama ini.

Saat Abid bersetuju untuk memperisterikannya, Al-Malikah tersangat gembira dan bertekad untuk meninggalkan kerja sebagai pelacur itu buat selama-lamanya. Baginya hidayah Allah telah sampai dan lelaki itu diutuskan Allah untuk menyelamatkannya dari terus terusan hidup dalam noda dan dosa. Penyesalan demi penyesalan timbul dihatinya dan perasaan itu semakin membangkitkan keinginannya untuk menjadikan lelaki beriman itu sebagai suaminya. Dalam mencari 'Nur' Allah Al-Malikah mengharapkan Abid yang akan menjadi pembimbing dan membawanya ke jalan yang diredhai Allah.

Penantian yang lama membuatkan Al-Malikah tidak sabar dan keluar mencari Abid di kampung tempat tinggalnya. Sebaik bertemu, Abid menjadi amat terkejut dan ketakutan. Lantaran ketakutan yang mendadak dan keterlaluan itu membuatkan Abid pengsan lalu meninggal dunia. Menangislah Al-Malikah sewaktu menyaksikan lelaki yang telah banyak menginsaf dan menyedarkannya itu meninggal dunia sebelum sempat mengahwininya.

Tanpa rasa segan dan silu, atas dorongan keinsafan kepada Allah SWT, Al-Malikah merayu untuk mengahwini saudara Abid sebagai menebus dosa-dosanya yang lalu. Baginya walaupun Allah tidak mengizinkan dia mengahwini Abid tapi sesiapa sahaja yang terdekat dengan Abid tetap akan diterimanya.

Lantas teman Abid memberitahu, "Abid mempunyai seorang saudara, tetapi lelaki ini sangat miskin, sekiranya engkau tetap sudi mengahwininya, bermakna bersedialah untuk hidup dalam kemiskinan dan jangan pula suatu hari nanti kau akan menyesal"

Al-Malikah memohon untuk berkahwin sebagai memenuhi rasa cintanya pada Abid, seorang lelaki yang terlalu banyak jasanya dalam membentuk jiwanya sebagai manusia yang dirahmati Allah. Dia tidak ingin lagi mempedulikan soal duit, harta dan kekayaan dunia. Dalam dirinya hanya ada rasa insaf. Dan akhirnya berkahwinlah Al-Malikah, seorang bekas pelacur yang cantik dengan saudara Abid yang miskin itu dengan mengenepikan segenap rasa duniawi. Al-Malikah telah mengorbankan segala kemewahan dan menerima apa sahaja takdir Allah keatas dirinya demi rasa insaf dan ingin kembali menjadi makhluk Allah yang diredhai. Dia telah mengecap syurga dunia yang penuh dengan bisikan iblis dan syaitan dan sekarang dia hanya ingin mencari SYURGA ALLAH.

Begitulah.....sekiranya Allah SWT telah membuka pintu hati dengan taufiq dan hidayahNya dan berbahagialah sesiapa sahaja yang menginsafi dosa lalu, bertaubat, dan kembali ke jalan yang lurus dan diredhai Allah.

"Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
dan angkatkanlah darjatku, berikanlah aku rezeki,
dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku
dan maafkanlah aku.
(Kalimah doa yang dibaca tiap kali duduk antara dua sujud (duduk iftirasy)"

Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram...
(Ya Allah, Wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Wahai Yang Hidup Selama-lamanya, Wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kepemurahan)

Wahai ahli taqwa dan ahli keampunan,
wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat,
berilah aku taubat nasuha
dan tambahlah kurnia RahmatMu kepada ku,
tambahlah Nur dan kejelasan untuk ku,
Wahai Kekasih Yang Mengasihi.
(Doa solat sunat Tasbih)


Pohonlah....Insya Allah akan dimakbulkan

Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta,
selawat dan salam kepada semulia-mulia Nabi dan Rasul,
begitu juga kepada keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Tuhanku
kurniakanlah ilmu kepadaku
dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang salih.
Kurniailah aku pertuturan yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian
dan jadikanlah aku pewaris syurga yang penuh kenikmatan.

Ya Tuhanku,
jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang,
begitu juga dengan zuriat dan ahli keluargaku,


Ya Tuhan kami,
terimalah doaku
Ya Tuhan kami, ampunilah aku,
kedua-dua ibu bapa ku
dan orang-orang mukmin pada hari diadakan penghisaban (amal baik dan buruk)


Ya Tuhan kami,
kepada Mulah kami berserah
dan kepada Mulah pula kami kembali.


Ya Tuhan kami
janganlah jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir
dan ampunilah kami


Ya Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau Maha Gagah lagi Bijaksana.

-Doa Nabi Ibrahim A.S-

Ya Allah Ya Tuhanku
sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar tetap mencintaiMu
dan mencintai orang yang Engkau cintai
serta dapat beramal yang dapat menyampaikan daku untuk mencintai Mu.

Ya Allah
jadikanlah mencintai Mu lebih aku sukai dari diriku,
keluargaku dan air yang sejuk
-Doa Nabi Daud A.S-

(Dari himpunan doa-doa terpilih -Walid Muhamad 'Afif)

Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi selawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
Maha suci Tuhanmu,
Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) sifatkan (dakwakan).
Dan keselamatan serta kesejahteraan kepada para rasul,
dan segala pujian serta sanjungan kepada Allah Tuhan alam semesta.

Amin....Amin.....Amin.

Cinta Sejati

cool images flowers roses Facebook Graphics

Cinta sejati......

Adalah cinta pada Allah


Kasih Sejati....

Adalah kasih pada Allah


Sayang sejati....

Adalah sayang pada Allah


Kita pernah berbuat dosa di masa lalu...hari ini.... atau esok

Kita pernah menzalimi diri sendiri dengan berbuat dosa

Samada secara sengaja atau tidak sengaja

Samada dosa yang zahir mahu pun terlindung

Dan dosa itu semakin menjadi beban

Memberati hati dengan langkah yang makin lemah


Kenangi dan ingatilah dosa itu agar kita menjadi lebih takut kepada siksaan dan balasan Allah

Agar kita menjadi insan yang lebih bersih dan suci hatinya

Agar setiap hari kita menangis, merayu pada Allah dan memohon taubat darinya

Keampunan Allah itu seluas langit dan bumi!


Suatu waktu...kita mungkin insan yang alpa

Melihat indah dan nikmatnya syurga cinta dunia

Suatu waktu....kita mungkin terlena

Dalam bisikan indahnya kasih dan sayang dunia

Suatu waktu....kita mungkin terlalai

Pada belaian dan sentuhan jiwa dunia

Simpanlah segala kenangan di dunia itu disatu sudut yang paling kecil dan gelap di hati kita

Kerana ruang selebihnya di hari kesedaran ini....adalah untuk cinta kepada Allah!


Berdoalah
Agar kerinduan pada dunia itu hilang dan diganti dengan kerinduan pada Allah


Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami sedar dan insaf, sebagai manusia yang lemah, kami sering gagal dalam ujian keimanan,
Ya Allah, janganlah kau bebani kami dengan dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami Ya Allah,
Ampunilah dosa kami sebagai KekasihMu yang terlalu sedikit rasa kasihnya padaMu ya Allah, itulah kekurangan dan kelemahan kami sebagai hambaMu ya Allah,
Ya Allah, janganlah kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukaan kami
Ya Allah, lapangkanlah hati kami dengan kau ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah


Berdzikirlah
Agar kesedihan pada dunia itu kabur dan diganti dengan kenikmatan Kebesaran Allah


Tuhan kurniakanlah
Ilmu berguna
Berikan aku
Amal yang Kau terima
Murahkanlah rezeki
Dengan kurnia
Terimalah taubat
Hamba yang hina
Terimalah taubat
Hamba yang berdosa
Kita datang dari Allah!
kita akan kembali kepada Allah

flowers roses Facebook Graphics

Sebuah kenangan yang terindah

Kita ingin mencapai bintang
Kita ingin menggapai bulan......
Tapi yang nyata, kaki masih berpijak di bumi
Yang terawang hanyalah angan-angan dan sisa kenangan


Simpanlah kenangan itu
Sebagai sebuah kenangan yang terindah
Lipatan sejarah yang tak mungkin berulang
kerana janji Allah, masa tidak akan diundurkan


Mampukah diri untuk melawan takdir
Hakikatnya, apa yang diberikan Allah itulah yang terbaik buat kita
Dengan cinta yang masih tersisa...
Sucikanlah diri
Persiapkanlah diri


Untuk menyinta dan dicintai oleh Allah
Sesungguhnya janji Allah itu benar!
Tadkir Allah itu benar!





SUBHANAALLAH
WALHAMDULILLAH
WALA ILA HA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR

SUBHANAALLAH
WALHAMDULILLAH
WALA ILA HA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR

Maha Suci ALLAH....

Maha Besar ALLAH.....

Tetapkanlah hati kita dalam tuntunan ILLAHI
Kuatkanlah diri kita dalam jejak Rasul ILLAHI

Bukalah mata hati, bercerminlah pada diri kerasnya hati,

runtuhkan dengan tangisan penyesalan

Hitamnya hati, sinari dengan kalimat ketauhidan

Luapkanlah dalam ungkapan fitrah Dalam bentangan

LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADUN RASULULLAH

Tuhanku ampunkanlah segala dosa ku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba MU...!




Ya ALLAH,

Berikanlah pengampunan untukku kerana kesalahan dan kejahilanku,

kerana berlebih-lebihanku dalam urusanku

dan apa sahaja yang Engkau Lebih Mengetahui tentang itu daripada diriku sendiri.


Ya ALLAH,

Ampunkanlah kesalahanku

Samada yang telah aku lakukan dengan bersungguh-sungguh atau sambil lewa,

ketidak kesengajaan atau yang memang aku sengaja

juga segala sesuatu yang daripada diriku.


Ya ALLAH,

Ampunkanlah untukku kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan

dahulu atau yang sesudah saat ini,

juga yang aku sembunyikan serta yang aku zahirkan dan apa-apa yang Engkau Lebih

Mengetahui tentang itu daripada diriku sendiri.


Engkau ya ALLAH,

Maha Mendahulu serta Maha Mengakhir dan

Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu."






Saturday, July 18, 2009

Pengertian dan Pendapat Tentang Sedekah

zwani.com myspace graphic comments
Perkataan sedekah berasal daripada bahasa Arab, ash-shadaqah. Secara bahasa bermakna sesuatu yang dijadikan sedekah. Perkataan ini diambil dari kata sha-da-qa. Perkataan shadaqah sendiri diambil dari perkataan ash-sidq' benar', kerana ia menunjukkan kebenaran ibadah untuk Allah s.w.t.
Menurut al-Jurjani, sedekah adalah pemberian yang diberikan untuk mengharap pahala Allah s.w.t.
Sementara ar-Raghib al-Isfahani mengatakan: "Sedekah adalah harta yang dikeluarkan oleh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti zakat.
Bezanya, sedekah untuk kategori sunnah dan zakat untuk yang wajib.
Sementara Iman An-Nawawi mengatakan: "Dinamakan sedekah kerana ia menunjukkan kejujuran orang yang bersedekah dan menunjukkan kebenaran imannya secara zahir dan batin. Ini kerana sedekah adalah kejujuran dan kebenaran iman."

PENDAPAT TENTANG SEDEKAH
  • Umar r.a. berkata: "Sesungguhnya di akhirat kelak amalan akan saling membangga diri. Maka sedekah berkata, "Aku yang paling utama diantara kamu (amalan-amalan lain)".

  • Abdul Aziz bin Umair berkata: "Solat akan menghantar kamu menuju setengah perjalanan, puasa menghantar kamu ke pintu kerajaan dan sedekah memasukkan kamu ke dalamnya."

  • Ibnu Abi al-Ja'd menandakan: "Sesungguhnya sedekah menolak 70 pintu keburukan."

  • Yahya bin Mu'adz berkata: "Aku tidak tahu biji yang timbangannya sebanding gunung di dunia kecuali dari sedekah."

  • Asy-Sya'bi berkata: "Sesiapa sahaja yang perlukan akan pahala sedekahnya tidak melebihi keperluan orang fakir terhadap sedekahnya, maka sedekahnya telah rosak dan sia-sia."

  • Al-Laith bin Saad mengatakan: "Siapa yang mengambil dariku sedekah atau hadiah, maka haknya ke atas ku lebih besar dari hakku ke atasnya kerana dia menerima dari ku sesuatu yang dapat mendekatkan ku kepada Allah s.w.t.

  • Sementara Fudhail bin Iyadh berkata kepada mereka yang mengambil sedekah: "Mereka mengambil bekalan kita ke akhirat tanpa balasan hingga meletakkannya pada timbangan amal di sisi Allah s.w.t."

  • Ali bin Abi Talib berkata: "Sesiapa yang dikurniakan harta oleh Allah s.w.t, maka hendaklah menyambung silaturrahim, menghormati tetamu, menyenangkan yang sedih dan tawanan yang dalam perjalanan (Musafir), orang-orang fakir miskin, para mujahid dan hendaklah bersabar menghadapi musibah kerana dengan semua ini kemuliaan dunia dan kebahagiaan di akhirat akan diperolehi."

  • Abi Hatim berkata" "Bakhil atau kedekut adalah pokok di neraka yang dahannya ada di dunia. Sesiapa yang bergantung dengan dahan-dahannya, dia akan mendorongnya ke neraka. Sebagaimana dermawan adalah pokok di syurga dan dahan-dahannya di dunia. Siapa yang bergantung dengan dahan-dahannya, maka ia akan mendorongnya ke syurga, dan syurga adalah rumah orang-orang dermawan."

  • Ketika rumah orang soleh didatangi orang fakir dan meminta sedekah darinya. Dia berkata: "Selamat datang untuk anda yang datang membawa bekalan kita kepada Tuhan kita." Yang dimaksudkan dengan bekalan adalah kebaikan dan amalan mendekatkan diri kepada keredhaan Allah s.w.t.

Tuesday, July 14, 2009

Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab


Rejab bulan menabur benih


Syaaban bulan menyiram tanaman


Ramadhan bulan menuai




Rejab menyucikan badannya


Syaaban menyucikan hatinya


Ramadhan menyucikan rohnya




Rejab bulan menghfirah (Keampunan)


Syaaban bulan syafaat


Ramadhan bulan menggandakan kebajikan




Rejab bulan taubat


Syaaban bulan muhibbah


Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya




Rejab diganda 70 pahala


Syaaban diganda 700 pahala


Ramadhan diganda 1000 pahala




Kelebihan Bulan Rejab

  1. Sabda Nabi SAW: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah SWT memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.


  2. Sabda Nabi SAW: Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.


  3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.


  4. Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)


  5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


  6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)


  7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Kiamat.


  8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.


  9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.


  10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga.


  11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru"Lailahaillallah", maka tidak ditolak dia untuk masuk ke syurga.


  12. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab, Allah SWT jadikan baginya hamparan perhentian dititi Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu.


  13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


  14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Allah Adam.


  15. Puasa 20 pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umurnya)


  16. Berkata Saidina Ali: Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3,000 tahun, puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun, puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.


  17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.


  18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.


  19. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titi Siratalmustaqim di hari kiamat.


  20. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Berseru dari langit: "Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-hadis) - (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).


  21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab wajib baginya: diampunkan dosanya yang lalu, diperliharakan Allah umurnya yang tinggal serta terlepas dari dahaga di hari Kiamat.

  22. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

  23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

  24. Siapa yang bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

  25. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab bulan Allah.

  26. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.

  27. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qaf, bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah SWTmenjawab: Telah Aku ampunkan mereka!!

  28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

  29. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu." "Demi KetinggianKu dan KebesaranKu, tiada Aku tolak akan hajat mu. Engkau adalah jiranKu dibawah 'arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" - (dari Kitab Raudhatul Ifkar)

  30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israq-Mikraj.

  31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesedihan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

  32. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun - diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 79 hajat ketika berlalu di titi Siratulmustaqim.

  33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah swt limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhaqdap hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

    Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan Bulan Allah.



Monday, July 13, 2009

Pemandangan Dalam Kaabah








Bahana Meninggalkan Solat
SUBUH : Satu fardhu ditinggalkan akan dicampakkan orang itu kedalam api neraka
ZUHUR : Satu fardhu ditinggalkan, dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam
ASAR : Satu fardhu ditinggalkan, dosanya seperti orang meruntuhkan Kaabah
MAGHRIB : Satu fardhu ditinggalkan, dosanya seperti orang berzina dengan ibunya (jika lelaki) dan dengan bapanya (jika perempuan)
ISYAK : Satu fardhu ditinggalkan, ALLAH S.W.T tidak akan redha akan hidupnya.

Sunday, July 12, 2009

Pentingnya Solat

Kata Abdullah bin Masud:

"Ada sekali aku bertanya pada Raswulullah SAW tentang amalan manusia yang manakah yang paling diredhai Allah S.W.T?"

Jawab Baginda SAW, "Solat"

Kemudian aku bertanya "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaannya)?"

Jawab Badinda SAW "Menghormati kedua-dua ibu bapa"

Kemudian aku bertanya lagi "Selepasnya apa lagi?"

Jawab Baginda SAW "Jihad"

Menurut Syaqiq Baiki, seorang sheikh yang termasyur, lima perkara dapat diperolehi melalui lima saluran iaitu:

  1. Berkat rezeki melalui Isyraq
  2. Cahaya di dalam kubur melalui Tahajjud
  3. Kemudahan menjawab Munkar dan Nakir melalui tadarus Al-Quran.
  4. Mudah melintas Sirat melalui Puasa dan Sedekah
  5. Sesebuah bilik di bawah naungan Arasy Ilahi pada hari hisab melalui Zikrullah.

Beberapa hadis Rasulullah SAW yang memerintah agar solat dikerjakan berserta dengan fadhilat-fadhilatnya sekali

  • Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan solat juga julung-julung kalinya akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat nanti.
  • Takutlah Allah dalam perkara solat yang membezakan antara Iman dan Syirik
  • Iman dan solat adalah perkara yang amat bernilai kerana ia sebagai tanda Islam seseorang.
  • Solat adalah jihad yang terbaik dalam menegakkan tiang agama Islam.
  • Solat adalah Nur bagi mukmin dan penghinaan bagi syaitan.
  • Allah bermurah hati dan menjauhkan bencana terhadap seseorang selagi dia mengerjakan solat.
  • Allah mengharamkan bahagian anggotanya yang menyentuhi bumi daripada dibakar api neraka.
  • Amalan solat yang dikerjakan tepat pada waktunya amat dicintai Allah S.W.T
  • Solat adalah anak kunci ke syurga dan apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya.
  • Allah S.W.T amat suka akan perawakan seseorang apabila di dalam sujud dimana dahinya kena tanah dengan perasaan yang hina, sesungguhnya dalam keadaan sujud dirinya amat hampir dengan Allah S.W.T.
  • Tempat solat dalam Islam seumpama kepala pada badan dan Nur pada hati.
  • Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T maka hendaklah dia mengambil wuduk dengan sempurna, solat dengan kyusuknya kemudian berdoa ke hadrat Ilahi, maka Allah akan menerima doa hambaNya dan mengampuni dosa-dosanya.
  • Solat yang ditunaikan tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Allah S.W.T dan Malaikat, api neraka tidak akan menyentuhnya.
  • Sesuatu doa yang diminta setiap lepas solat fardhu akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samada cepat ataupun lambat
  • Selagi seseorang itu tidak mengabaikan solat, selagi itu syaitan tidak dapat menguasainya.
  • Sewaktu terbit fajar, sesetengah ke masjid membawa bendera Iman dan sesetengah ke pasar membawa bendera syaitan.
  • Empat rakaat sebelum zohor sama pahalanya dengan empat rakaat solat tahajjud.
  • Rahmat Allah S.W.T dicucuri ke atas hamba Nya yang bersolat
  • Tidak syak seorang Mukmin itu adalah dalam Tahajjudnya dan kemuliaannya adalah dalam keredhaannyaa dan kesabarannya.
  • Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia, teruskanlah solat Tahajjud kerana dia adalah perjalanan orang-orang soleh dan cara mendekati Allah S.W.T dengan lebih dekat.

Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seseorang muslim dan muslimah kerana mencerminkan peribadi yang mulia.